INIKAH SURATAN -50%
Dia tabah mengaharungi rintangan yang datang tanpa diduga. Biarpun begitu dia tidak rela anak-anaknya menerima nasib yang sama sepertinya. Jerih pedih kehidupannya ini, biarlah berlalu bersama waktu yang beredar tanpa henti. Biarlah dia mengutip segala kepayahan agar dapat dijadikan perisai serta azam. Dia yakin masih ada sinar dihujung sana untuk dirungkai dan dihimpunkan semula musim-musim ceria itu walaupun tanpa insan tersayang di sisi.
