Yuri Iqmal

Susunan Penulis Lain

CINTAKU TABLOID 50%

CINTAKU TABLOID

Ada cerita di sebalik cerita. Ada duka ketika meniti saat bahagia. Dalam terpaksa dia rela. Hakikat hatinya memberontak. Dia terpaksa menanggung hukuman atas dosa yang tidak dilakukannya. Kerana itu… ada hati yang menanggung derita. Ada jiwa yang ditimpa sengsara. Menahan rasa. Menadah segala ketentuan-Nya. Di atas kertas putih bersaksikan Dia yang esa, dirinya sah milik Nabila. Namun tiada siapa mampu mentaklik hatinya. Menidak kasih antara mereka. Kasih itu tetap utuh milik Fazura. Mampukah cintanya bersatu… sedangkan ada nyawa ingin merasai nikmat kasihnya. Walaupun dia tahu nyawa itu bukan miliknya. Shahrul akur… cintanya hanyalah tabloid.