AKHIRNYA -50%
Kata orang, cinta itu perlukan pengorbanan. Kata-kata itulah yang sering ditiupkan ke telinganya sejak kecil. Kata-kata yang sekadar angin lalu di cuping telinga. Dia tidak pernah menghadapinya hinggalah dia berkenalan dengan Adzim dan Amirul. Dua lelaki yang bermula dari pangkal nama dan latar keluarga yang sama namun berbeza dari segi rupa dan peribadi. Kedua-duanya dikenali dalam masa yang hampir sama. Dia mencintai Adzim kerana nama itu yang terdahulu menduduki takhta hatinya. Namun kehadirannya tidak diterima di dalam keluarga itu lantaran perbezaan darjat yang memaksa dia melupakan semua impian yang telah dianyam secara sedar. Tika hatinya luka berdarah, Amirul kembali hadir membebat luka. Lelaki yang dianggap sebagai abang pada mulanya, telah berupaya menjadi teman, sekali gus penghuni hati setelah dibelai dengan keprihatinan lelaki itu. Perasaan yang sama-sama dibajai itu akhirnya merimbun segar menjad kuntum-kuntum cinta yang mekar mewangi. Namun saat cinta itu ingin disimpulkan di singgah sana abadi, Adzim kembali hadir menuntut janji kesetiaan. Kali ini bersama izin restu si ibu yang telah kembali sedar bahawa cinta yang badi tidak mungkin vbisa dipisahkan. Tegakah Zalia membuat keputusan hati sispa yang harus dilukakan?
