Terma Syarat

Creative Enterprise Sdn. Bhd. merupakan syarikat penerbitan yang ditubuhkan di Malaysia dan ditadbir mengikut undang-undang Malaysia yang ditetapkan. Laman web ini diurus oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd. Sila baca syarat-syarat yang berikut sebelum menggunakan laman web ini. Semua maklumat dan elemen yang ada dalam web ini ditakluk syarat-syarat seperti di bawah. Dengan menggunakan laman web ini, pengguna telah bersetuju secara penuh dan tanpa perjanjian bersyarat menerima kesemua syarat-syarat yang telah dicatat seperti di bawah.


Creative Enterprise Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah atau mengemaskini sistem, maklumat, polisi (termasuk syarat-syarat) tanpa diberitahu dari masa ke semasa. Dengan menggunakan laman web ini, pengguna bertanggungjawab dengan pilihan yang dibuat berdasarkan maklumat yang ada dalam laman web ini. Creative Enterprise Sdn. Bhd. tidak akan dipertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kemusnahan, kehilangan, hak, tuntutan atau sebarang tindakan yang berkaitan dengan laman web ini. Sebarang salahguna maklumat melanggar hak cipta Creative Enterprise Sdn. Bhd. Sebarang bahan yang dimiliki oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd. tidak dibenarkan untuk dikeluarkan dalam apa-apa bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah pengurusan Creative Enterprise Sdn. Bhd. Creative Enterprise Sdn. Bhd. hanya bertanggungjawab ke atas maklumat yang dimiliki oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd. sahaja. Creative Enterprise tidak memegang tanggungjawab ke atas maklumat yang diperoleh daripada sumber luar (3rd party) yang diluar kawalan dan hak Creative Enterprise Sdn. Bhd. Creative Enterprise tidak bertanggungjawab dengan penghantaran maklumat oleh pengguna laman web. Pelanggan bersetuju bahawa Creative Enterprise tidak bertanggungjawab ke atas maklumat yang disediakan oleh pengguna laman web melalui komponen kommuniti dan interaktif.


Creative Enterprise tidak bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan dan masalah teknikal yang ada dalam laman web ini. Creative Enterprise juga tidak bertanggungjawab dengan sebarang kerosakan, serangan virus komputer atau kegagalan server yang berpunca dari laman web ini. Creative Enterprise juga tidak bertanggungjawab dengan sebarang kesilapan atau ketepatan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Pengunaan laman web ini merupakan tanggungjawab dan risiko pengguna sahaja. Pengguna bertanggungjawab dengan sebarang keputusan yang dibuat dan dinasihatkan untuk mempunyai pertimbangan atau rujukan sendiri apabila menggunakan laman web ini. Dalam apa-apa keadaan, Creative Enterprise Sdn. Bhd. tidak akan dipertanggungjawab untuk sebarang kerosakan, kemalangan sama ada sengaja atau tidak yang berpunca daripada laman web ini. Jika pada bila-bila masa pengguna tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang disediakan, pengguna dinasihatkan untuk berhenti menggunakan laman web ini serta perkhidmatan yang ada.